Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan: Envato.

Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir

ByBernama

WARSAW, 15 Sept: Pengendali kereta api Poland, PKP telah menggantung perkhidmatan kereta api dengan negara jiran Republik Czech akibat banjir yang teruk, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak, menurut syarikat milik kerajaan itu pada Ahad.

Perkhidmatan kereta api dari Poland ke Republik Czech akan ditamatkan di stesen terakhir sebelum sempadan buat sementara waktu.

Kedua-dua kawasan barat daya Poland dan sebahagian besar Republik Czech terjejas oleh banjir selepas hujan lebat.

Di Poland, banyak komuniti di Lower Silesia telah dipindahkan sementara di Republik Czech, lebih setengah juta isi rumah tiada bekalan elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan