Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot pendatang yang rosak selepas percubaan gagal menyeberangi Selat Inggeris yang menyebabkan kematian 8 orang berhampiran pantai Ambleteuse, utara Perancis. Foto AFP

Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis

ByBernama

PARIS, 15 Sept: Lapan migran maut ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis antara Sabtu malam dan pagi Ahad, menurut Wilayah Maritim Perancis bagi Selat dan Laut Utara pada Ahad, lapor Xinhua.

Selain lapan kematian itu, enam orang lagi ditemukan dalam keadaan kritikal, lapor saluran berita Perancis BFMTV, memetik Jacques Billant, Prefect Jabatan Utara Perancis Pas-de-Calais.

Menurut Billant, sebuah bot yang membawa 59 migran dilihat sejurus sebelum tengah malam berhampiran Bandar Ambleteuse, Pas-de-Calais.

Wilayah Maritim Perancis bagi Selat dan Laut Utara pada Sabtu berkata mereka telah menyelamatkan kira-kira 200 orang yang cuba menyeberangi Selat Inggeris pada Jumaat malam.

Pada 3 Sept, sekurang-kurangnya 12 orang mati ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis.

Kawasan sekitar Calais di utara Perancis adalah titik permulaan bagi penyeberangan laut yang paling dekat dengan United Kingdom (UK).

Menurut statistik Kerajaan British, sejumlah 412 migran tanpa dokumen cuba menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil tanpa kebenaran untuk memasuki UK antara 7 hingga 13 Sept tahun ini,.

Semasa lawatan Perdana Menteri British Keir Starmer ke Perancis bulan lepas, kedua-dua negara menegaskan hasrat mereka untuk meningkatkan kerjasama untuk mengekang migrasi haram di Selat, terutamanya berkaitan dengan rangkaian penyeludupan manusia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan