Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lagi empangan pecah di barat daya Poland selepas hujan lebat, kata pihak berkuasa pada Ahad. Foto AFP

Empangan kedua di barat daya Poland pecah selepas hujan lebat

ByBernama

WARSAW, 15 Sept: Sebuah lagi empangan pecah di barat daya Poland selepas hujan lebat, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Empangan di Stronie Śląski, dalam Wilayah Lower Silesia, telah pecah dan air dari Sungai Biała Lądecka kini mengalir tanpa halangan ke kawasan tadahan Nysa Kłodzka, menurut sebuah rangkaian meteorologi.

Bandar Stronie Śląski terletak di Lembah Kłodzko berhampiran sempadan Poland dengan Republik Czech.

Polis telah menghantar sebuah helikopter penyelamat ke kawasan terlibat untuk membawa mangsa yang terperangkap akibat banjir ke tempat selamat. Anggota tentera juga berada di lokasi.

Pada petang Sabtu, sebuah empangan di perkampungan pergunungan berdekatan Międzygórze telah pecah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan