Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad. Foto hiasan Envato

5 dipukul sampai mati di tengah India, didakwa amal ilmu hitam

ByBernama

NEW DELHI, 15 Sept: Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.

Polis menahan lima orang berhubung melaksanakan hukuman bunuh ke atas mangsa tanpa perbicaraan di Daerah Sukma, lapor media tempatan.

Kejadian ini berlaku susulan pembunuhan empat anggota sebuah keluarga pada Khamis (12 September) di Daerah Balodabazar-Bhatapara di negeri itu yang didakwa menggunakan ilmu hitam.

Insiden keganasan kumpulan perusuh kerap berlaku di India dan orang ramai boleh dibunuh atas alasan remeh seperti mengamalkan ilmu sihir, mengangkut lembu atau memakan daging lembu.

Kementerian Dalam Negeri pada 2022 memberitahu Parlimen India bahawa Biro Rekod Jenayah Nasional (NCRB) tidak menyimpan data berasingan bagi kes pembunuhan oleh kumpulan perusuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan