Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky. Foto fail AFP

Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang

ByBernama

MOSCOW, 14 Sept: Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kementerian Pertahanan Rusia berkata 103 anggota tenteranya berada di Belarus untuk menerima “bantuan psikologi dan perubatan yang diperlukan” sebelum pulang ke tanah air.

Moscow mengucapkan terima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu kerana menjadi perantara dalam pertukaran ini.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata di Telegram bahawa 82 askar dan 21 pegawai telah dibebaskan oleh Rusia, termasuk anggota tentera negara itu, pengawal sempadan dan pegawai polis.

Menurut Zelensky, ramai tentera Rusia telah ditawan semasa serangan mengejut Ukraine merentasi sempadan di Kursk.

Pertukaran terbaru ini berlaku sehari selepas Zelensky mengumumkan pertukaran lanjut melibatkan 49 warga Ukraine.

Ukraine dan Rusia telah bertukar tawanan perang lebih daripada 50 kali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan