Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Defendan yang dituduh menganggotai kumpulan pemberontak cubaan rampasan kuasa menghadiri keputusan semasa perbicaraan di penjara Ndolo Kinshasa. Tiga rakyat Amerika adalah antara 37 orang yang dijatuhi hukuman mati pada 13 September 2024 di Republik Demokratik Congo atas cubaan rampasan kuasa. Foto AFP

Tiga warga AS antara 37 dijatuhi hukuman mati di Congo kes rampasan kuasa

ByBernama

KINSHASA (Congo), 14 Sep: Sebuah mahkamah tentera di Congo pada Jumaat menjatuhkan hukuman mati terhadap 37 orang, termasuk tiga warga Amerika Syarikat (AS) kerana peranan mereka dalam rampasan kuasa yang gagal awal tahun ini, lapor Agensi Anadolu.

Kesemua mereka didakwa terlibat dengan persatuan jenayah, melakukan serangan, keganasan serta membiayai keganasan.

Tiga lagi warga asing yang didapati bersalah membabitkan rakyat United Kingdom, Belgium dan Kanada.

Perbicaraan bermula pada Julai dalam kes yang berkaitan dengan serbuan malam dan rampasan kuasa yang gagal pada Mei oleh tokoh pembangkang Christian Malanga, yang melancarkan serangan ke atas istana presiden serta kediaman Vital Kamerhe, presiden Dewan Rakyat negara itu.

Menurut tentera Congo, Malanga ditembak mati selepas menentang apabila ditahan sejurus selepas memuat naik penstriman langsung serangan rampasan kuasa itu di media sosialnya.

Anak lelaki Malanga, Marcel Malanga, 21, adalah antara tiga warga AS yang dijatuhi hukuman mati.

Empat belas defendan dibebaskan dan semua tertuduh mempunyai lima hari untuk merayu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan