Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn semasa ditemui TVS di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Saji program berkaitan sejarah pembentukan Malaysia

BySteward Dawi

SRI AMAN, 14 Sept: Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 menjadi medium penting dalam memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan sejarah pembentukan Malaysia.

Menteri bertanggungjawab untuk sambutan dan juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, generasi muda dapat menimba pengetahuan berkaitan tarikh penting yang disambut di dalam negara ini melalui beberapa pengisian program yang disajikan pada hari berkenaan.

“Mereka (golongan muda) khasnya dan penduduk tempatan amnya sedikit sebanyak dapat memahami dan mengetahui makna tarikh-tarikh bersejarah di negara kita melalui sambutan kali ini.

“Mungkin sebelum ini dalam buku teks sejarah di sekolah hanya menyatakan tentang tarikh pembentukan negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas meninjau persiapan dan raptai terakhir Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman pada 16 September 2024 hari ini.

Jelas Roland, melalui pengisian program sempena sambutan kali ini masyarakat dapat mengenali antara barisan pemimpin terdahulu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Malaysia.

“Persiapan untuk sambutan pada Isnin ini (16 September) berjalan lancar. Hari ini kita melakukan sentuhan terakhir bagi memastikan semua perancangan mengikut apa yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Tambahnya, bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, orang ramai yang berkunjung ke sambutan itu akan dihiburkan dengan persembahan-persembahan seni dan kebudayaan serta nyanyian artis-artis terkenal tempatan.

Sebelum ini, beliau memberitahu lebih 3,000 orang dijangka membanjiri Stadium Kompleks Sukan Sri Aman bagi memeriahkan Majlis Perhimpunan Hari Malaysia di Bandar Simanggang pada 16 September ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi juga dijadual akan menghadiri dan memeriahkan lagi sambutan itu nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan