Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol. Foto UKAS

Pesta Pulau Bruit 2024 ketengahkan hasil pertanian, perikanan

ByDouglas Elliot

DARO, 14 Sept: Pesta Pulau Bruit 2024 menampilkan konsep Mini Agrofest dengan mengetengahkan hasil pertanian dan perikanan masyarakat tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, ia secara tidak langsung berpotensi mempromosikan Pulau Bruit sebagai hab pengeluaran makanan di wilayah ini.

“Pulau Bruit berpotensi menjadi salah satu hab pembekal makanan hasil laut dan pertanian bagi zon tengah Sarawak.

“Sebab itu sebanyak 20 agensi kerajaan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung hadir sebagai pempamer di pesta ini untuk mengadakan sesi libat urus dengan komuniti berkaitan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Pulau Bruit 2024 hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdullah yang juga ADUN Semop berkata, pesta tersebut turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan perkembangan terkini dalam sektor pertanian serta pemprosesan hasil laut.

“Kita berharap wujud kesungguhan dan kesedaran dalam kalangan warga tani dan nelayan terutama anak muda untuk mengamalkan cara baharu serta moden dalam aktiviti pertanian dan hasil laut maka hasil pendapatan serta sosioekonomi keluarga akan bertambah baik,” ujarnya.

Tambahnya, penduduk dari kawasan pedalaman juga mahu menyumbang dalam pembangunan Sarawak melalui sumbangan hasil bumi.

Pesta Pulau Bruit merupakan platform bagi masyarakat setempat mempromosi budaya penduduk setempat yang sinonim dengan aktiviti perikanan dan pertanian.

Ini merupakan penganjuran kali kedua pesta berkenaan selepas penganjuran julung kali tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan