Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjur gembira jual 95 peratus tiket sukan Olimpik Paris. Foto hiasan AFP

Penganjur gembira jual 95 peratus tiket sukan Olimpik Paris

ByBernama

PARIS, 14 Sept: Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik Paris mencapai jualan tiket kedua tertinggi sebanyak 2.58 juta lapor Agensi Berita Kyodo, memetik jawatankuasa penganjur tempatan pada Jumaat.

Kedua-dua set nombor akhir mewakili kira-kira 95 peratus tiket yang dijual. Temasya Sukan itu berjaya dalam semua aspek, kata Ketua Jawatankuasa itu Tony Estanguet dalam satu sidang akhbar di Saint-Denis, di luar Paris.

Upacara pembukaan pertama di luar stadium dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas berjalan tanpa masalah besar selepas sejumlah besar pegawai polis dan tentera ditempatkan di jalanan.

Estanguet juga menegaskan bahawa acara triatlon telah diatur dengan baik walaupun jadual berubah disebabkan oleh kualiti air Sungai Seine yang menurun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan