Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa Majlis Perasmian Kuching Kidney Centre Sdn Bhd di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Mudahkan pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis

KUCHING , 14 Sept: Pesakit buah pinggang kini boleh menarik nafas lega dengan pembukaan Kuching Kidney Centre Sdn Bhd bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pusat yang terletak di Batu Kawa itu memberi kelebihan kepada pesakit yang tinggal di kawasan berdekatan.

Menurutnya, antara kawasan terdekat dengan pusat tersebut termasuk Batu Kawa, Matang dan Lundu.

“Tahniah kepada Kuching Kidney Centre Sdn Bhd. Walaupun ditubuhkan oleh syarikat swasta namun tujuan pembukannnya adalah untuk memastikan perkhidmatan disediakan dekat dengan rumah anda.

“Pada masa sama, ia memberi anda harapan untuk mendapatkan rawatan dengan kemudahan terbaik dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kuching Kidney Centre Sdn Bhd di Kuching hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komunti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Kerajaan Sarawak membelanjakan hampir RM10 juta bagi membantu 198 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan sejak 1 Januari 2020.

Peruntukan tersebut disalurkan melalui Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) yang dilaksanakan Jebatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Sejak 1 Januari 2020 hingga 31 Januarei 2024, seramai 198 pesakit buah pinggang dibantu melibatkan perbelanjaan RM9,310,424.75.

Bagi tahun 2024 sebanyak RM2,501,796 disalurkan kepada 13 pesakit yang layak manakala RM2,037,264 kepada 45 pesakit pada 2023, RM2,367,836 untuk 11 pesakit (2022), RM1,983,076 bagi 67 pesakit (2021) dan RM420,452 kepada 62 pesakit (2020).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan