Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah mahkamah tinggi di sini telah memberikan kebenaran kepada seorang bayi perempuan pasangan pelarian Afghanistan yang lahir di negara ini untuk diberikan kewarganegaraan Jepun. Foto hiasan Envato

Mahkamah berikan kewarganegaraan Jepun kepada anak pelarian Afghanistan

ByBernama

NAGOYA (Jepun), 14 Sept: Sebuah mahkamah tinggi di sini telah memberikan kebenaran kepada seorang bayi perempuan pasangan pelarian Afghanistan yang lahir di negara ini untuk diberikan kewarganegaraan Jepun dan membatalkan keputusan mahkamah keluarga sebelum ini, lapor Agensi Berita Kyodo.

Keputusan Mahkamah Tinggi Nagoya pada Rabu itu berkemungkinan menjadi yang pertama bagi anak kepada ibu bapa Afghanistan dibenarkan membuat daftar keluarga baharu di Jepun, kata peguam Yasuyuki Nagai, yang menyifatkannya sebagai satu langkah besar.

Di bawah Akta Kewarganegaraan Jepun, seorang kanak-kanak dianggap warganegara Jepun jika mereka dilahirkan di Jepun dan sama ada kedua-dua ibu bapanya tidak diketahui atau, jika diketahui, kedua-duanya tidak mempunyai kewarganegaraan.

Hakim Yasuhiro Hasegawa berkata dalam keputusannya bahawa ibu bapa kanak-kanak perempuan itu secara efektif tidak bernegara ketika anak mereka dilahirkan di Jepun pada 2022, kerana Afghanistan telah kehilangan kedudukan antarabangsa selepas Taliban kembali berkuasa pada 2021.

Di Jepun, hanya sembilan orang dari Afghanistan yang dilanda perang diberikan status pelarian pada 2021, tetapi jumlah itu meningkat kepada 147 pada 2022 dan 237 pada 2023, menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen.

“Kita boleh menjangkakan peningkatan dalam bilangan kanak-kanak yang dilahirkan daripada ibu bapa yang melarikan diri dari negara mereka, jadi ini adalah keputusan besar,” kata Nagai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan