Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Batu 32 Stapang Selangau Jalan Oya di sini, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera kemalangan kendiri

SELANGAU, 14 Sept: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Batu 32 Stapang Selangau Jalan Oya di sini, malam tadi.

Komander Operasi, PBK II Rudin Bajai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.35 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2, seorang mangsa berusia 46 tahun dalam keadaan kepala ke bawah dan tidak sedarkan diri masih berada di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi memasang cervical colar, seterusnya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas rescue tool dan scoper strecher.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserah kepada pihak perubatan hospital untuk tindakan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan