Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank melancarkan Skim Perlindungan Takaful Agromakanan: Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pertama di Malaysia yang akan dimanfaatkan pesawah seluruh negara. Foto Agrobank (FB)

KPKM, Agrobank lancar Skim Takaful Tanaman Padi lindungi pesawah

ByBernama

PUTRAJAYA, 14 Sept: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank melancarkan Skim Perlindungan Takaful Agromakanan: Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pertama di Malaysia yang akan dimanfaatkan pesawah seluruh negara.

Diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, skim patuh syariah itu merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2024, dengan dana permulaan RM50 juta bagi memberi perlindungan kepada pesawah.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dalam kenyataan berkata perlindungan takaful itu menawarkan hingga RM3,000 untuk bencana alam.

“Bagi serangga perosak dan penyakit tanaman pula, perlindungan hingga RM1,500 daripada jumlah perlindungan asal semusim per hektar bagi setiap pesawah. Ia jumlah yang lebih tinggi berbanding tabung bencana sedia ada,” katanya.

Beliau berkata bagi tahun pertama pengenalannya, kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran premium RM120 setahun bagi setiap hektar untuk dua musim penanaman manakala skim terbabit terbuka kepada semua pesawah individu di seluruh negara, dengan kaedah pendaftaran dipermudah di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan berhampiran.

Inisiatif berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu pesawah seluruh negara ketika menghadapi bencana alam di samping memperkukuh rantaian makanan negara melalui inisiatif dilancarkan KPKM melalui Agrobank.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Takaful Tanaman Padi, layari www.agrobank.com.my atau berkunjung ke cawangan Agrobank berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan