Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan hampir 300 orang di Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand susulan Taufan Yagi, yang menyebabkan banjir besar melanda wilayah itu hujung minggu lalu. Foto: AFP

Ketua Junta Myanmar rayu bantuan kemanusiaan tangani bencana Taufan Yagi

YANGON, 14 September: Ketua junta Myanmar membuat permintaan yang jarang berlaku kepada komuniti dunia pada Sabtu apabila meminta untuk bantuan asing bagi menangani kesan Taufan Yagi yang melanda negara itu.

Taufan tersebut telah mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah dan menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

“Pegawai kerajaan perlu menghubungi negara asing untuk menerima bantuan penyelamatan dan bantuan untuk diberikan kepada mangsa,” kata Min Aung Hlaing pada Jumaat, menurut akhbar Global New Light of Myanmar.

“Ia adalah perlu untuk menguruskan langkah menyelamat, bantuan dan pemulihan secepat mungkin,” katanya dipetik sebagai berkata.

Junta memberi angka kematian pada hari Jumaat sebanyak 33, manakala pada awal hari jabatan bomba negara itu berkata penyelamat telah menemui 36 mayat.

Jurucakap tentera berkata ia telah terputus hubungan dengan beberapa kawasan di negara ini dan sedang menyiasat laporan bahawa berpuluh-puluh telah tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan perlombongan emas di wilayah tengah Mandalay.

Banjir dan tanah runtuh telah mengorbankan hampir 300 orang di Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand susulan Taufan Yagi, yang menyebabkan banjir besar melanda wilayah itu hujung minggu lalu.

Di Myanmar lebih 235,000 orang telah dipaksa keluar dari rumah mereka akibat banjir, menambah kesengsaraan di negara ini di mana perang telah melanda sejak tentera merampas kuasa pada 2021.

Lebih 2.7 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Myanmar akibat konflik yang dicetuskan oleh rampasan kuasa junta tersebut.

Tentera Myanmar sebelum ini telah menyekat sebarang bantuan kemanusiaan dari luar negara.

Tahun lalu ia menggantung kebenaran perjalanan untuk kumpulan bantuan yang cuba memabantu kira-kira sejuta mangsa Taufan Mocha yang melanda barat negara ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan itu sebagai “tidak dapat diduga.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan