Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membiayai kos keseluruhan projek sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu gangguan bekalan air. Foto: TVS

Gangguan bekalan air Pulau Bruit dijangka selesai hujung tahun

DARO, 14 Sep: Gangguan bekalan air yang membelenggu penduduk Pulau Bruit dijangka selesai sepenuhnya selepas siapnya Projek Sistem Bekalan Air Pulau Bruit hujung tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, apabila siap kelak, ia mampu membekalkan lebih 5 juta liter air sehari (JLH) kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Mudah-mudahan hujung tahun ini bekalan air sebanyak 5 JLH dapat dibekalkan kepada penduduk di Pulau Bruit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Pulau Bruit 2024 di RGC Semop hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membiayai kos keseluruhan projek sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu berkenaan.

“Projek yang menelan belanja lebih RM60 juta ini bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain menampung peningkatan populasi,” ujarnya.

Sebelum ini, kawasan utara Pulau Bruit termasuk Kampung Penipah, Kampung Tekajong dan Kampung Bruit sering mengalami masalah gangguan air disebabkan kekurangan air terawat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan