KUCHING, 14 Sept: Gedung pakaian DEQLO menawarkan promosi istimewa dengan potongan harga sehingga 70 peratus untuk barangan terpilih sempena pembukaan rasmi di tingkat dua Emart Batu Kawa, di sini.
Jenama baharu di bawah Kumpulan Emart itu menawarkan jualan pakaian pelbagai jenama untuk pakaian lelaki dan wanita termasuk pakaian dan barangan keperluan untuk bayi.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Emart , Phang Kang Wai, DEQLO Emart Kuching merupakan cawangan kedua di Malaysia Timur selepas cawangan pertama di Sabah.
“Kami berharap agar dapat menyediakan persekitaran yang lebih selesa untuk pelanggan membeli-belah terutamanya mereka yang datang untuk mencari pakaian dan keperluan berfesyen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran DEQLO Emart Batu Kawa, pada Jumaat.
Dalam pada itu, pengunjung yang ditemui Lydia Jampong berkata gedung pakaian DEQLO ini menawarkan kemudahan ‘one stop’ untuk mereka mendapatkan pelbagai barangan daripada satu tempat sahaja.
“Saya selalu beli-belah di sini (Emart Batu Kawa). Di sini juga saya boleh membeli sayur dan pada masa sama, pakaian, ia menjadi ‘one stop’ bagi saya,” katanya.
DEQLO kini menawarkan baucar diskaun istimewa kepada ahli-ahli yang berdaftar dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit di Emart Batu Kawa Supermarket, setiap ahli akan menerima baucar DEQLO bernilai RM5.
Para pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut serta promosi berkenaan DEQLO dengan melayari laman rasmi Facebook Kumpulan Emart, https://www.facebook.com/EmartMalaysia. – TVS