Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah terlepas meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Foto JDT Racing Team (FB)

ARRC: Hafizh Syahrin terlepas podium di Sepang, Helmi raih kemenangan pertama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah terlepas meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Walaupun memulakan perlumbaan pertama dengan lima pusingan itu di petak pertama bagi kategori Asian Superbike 1000cc, pelumba JDT Racing Team tersebut hanya mampu meraih tempat kelima dengan catatan masa 25 minit dan 38.191 saat (s)

Pelumba Jepun Yuki Kunii daripada SDG Team HARC-PRO Honda Ph mengungguli perlumbaan dengan catatan 25:31.250s, diikuti seorang lagi pelumba Malaysia Azlan Shah Kamaruzaman (25:34.412s) daripada TKKR BMW Racing Team dan pelumba Thailand Nakarin Atiratphuvapat (25:36.101s) daripada Honda Asia-Dream Racing Astemo.

Hafizh Syahrin yang memimpin perlumbaan hingga pusingan kedua, mengalami sedikit gegaran yang membolehkan Yuki dan Azlan memintas bekas pelumba MotoGP itu manakala Nakarin mendahului beliau di pusingan kelima.

“Sejak semalam saya berasa sangat selesa dengan motosikal saya dan litar serta yakin dengan kelajuan saya. Walaupun Hafizh mencatat masa yang luar biasa dalam kelayakan, saya tahu kekuatan saya adalah dalam perlumbaan.

“Saya hanya fokus pada prestasi saya dan akhirnya saya meraih kemenangan. Saya sangat gembira lebih-lebih lagi kerana kedudukan saya dalam kejuaraan ini semakin baik,” kata Yuki dalam kenyataan menjelang Perlumbaan 2, esok.

Sementara itu, pelumba asal Selangor Muhammad Helmi Azman daripada Idemitsu Boon Siew Honda Racing Team meraih kemenangan pertama pada musim ini dalam kategori SuperSport 600cc dengan catatan 21:54.779s.

Dua pelumba Thailand Apiwath Wongthananon (21:55.511s) daripada Yamaha Tekhne Racing Team ASEAN dan Kiattisak Singhapong (22:04.425s) daripada Honda Racing Thailand melengkapkan senarai podium.

“Saya yakin dengan kelajuan saya dan tahu saya boleh laju lagi, jadi saya fokus mengekalkan kawalan jentera. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan kemenangan ini adalah untuk semua,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan