Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan mewah yang dirampas JKDM. Foto JKDM

10 kenderaan mewah dirampas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Sept: Sebanyak 10 kenderaan mewah pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM8.12 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dalam satu operasi di sebuah premis di sini pada 2 September lepas.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata, kesemua kenderaan yang disita disyaki melanggar syarat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 72(b) Akta Kastam 1967.

“Nilai keseluruhan kenderaan disita termasuk duti dan cukai adalah RM8,12,825.00 dengan nilai kenderaan RM3,145,000.00 manakala jumlah duti dan cukai dianggarkan RM4,984,825.00,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Norizan, modus operandi syarikat terlibat ialah memindahkan kenderaan import berduti yang belum dibayar cukai tanpa kelulusan kastam dan menyimpannya di dalam gudang yang tidak dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 (Gudang Berlesen).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 dibaca bersama Seksyen 75(b) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Norizan berkata, sepanjang Julai dan Ogos tahun ini, pihaknya berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok tidak berkastam pelbagai jenama bernilai lebih RM2 juta.

“Aktivti penyeludupan dan penjualan minuman keras tidak berkastam termasuk bir dengan nilai termasuk duti dan cukai sebanyak RM920,292.57 juga berjaya dipatahkan dalam tempoh sama,” jelasnya.

Sehubungan itu, Norizan meminta orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Orang ramai diminta tidak membabitkan diri dengan aktiviti ini (penyeludupan),” kata Norizan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan