Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Wong Hee Sieng yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. Foto Mavcom

Wong Hee Sieng dilantik anggota suruhanjaya baharu Mavcom

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melantik Datu Wong Hee Sieng sebagai anggota suruhanjaya baharu berkuat kuasa 16 Ogos 2024.

Dalam kenyataan hari ini, Mavcom berkata Residen Bahagian Sibu itu menggantikan Datuk Alice Jawan Empaling yang telah mengumumkan hasrat meletakkan jawatan berkuat kuasa 13 Jun 2024 selepas bersara sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak.

“Pelantikan Wong mengukuhkan lagi MAVCOM ketika suruhanjaya itu terus berusaha untuk mempromosikan sektor penerbangan awam yang mampan, berfokuskan pengguna dan berdaya saing di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Mavcom Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pengalaman luas Wong dalam perkhidmatan awam dan kepimpinan melalui bidang pengangkutan akan memberikan sumbangan besar dalam usaha berterusan suruhanjaya itu untuk memupuk landskap penerbangan yang dinamik serta berdaya saing.

Menurut kenyataan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, setelah berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Wong di bawah Seksyen 5(1)(c) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

Wong pada masa ini berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak sejak 5 Jun 2024 dan membawa pengalaman lebih tiga dekad dalam pentadbiran awam.

Mavcom berkata kerjaya cemerlang Wong merangkumi peranan kepimpinan penting seperti Pengerusi Sarawak Buoys and Light Board serta Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan