Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis (tengah) bergambar di lampu isyarat menggunakan sistem 'Sarawak Traffic Light Intelligence Logistic Excellence' di Simanggang, hari ini. Foto TVS

Simanggang lokasi pertama di Sarawak guna lampu isyarat STILE

SIMANGGANG, 13 Sept: Simanggang menjadi lokasi pertama di Sarawak menggunakan kemudahan lampu isyarat berasaskan sistem ‘Sarawak Traffic Light Intelligence Logistic Excellence’ (STILE).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, lima lampu isyarat itu akan beroperasi di kawasan simpang Jalan Hollis, Jalan Michael Pilo, Jalan Kampung Muhibbah, LePaPa dan Jalan Brayun.

“Lampu isyarat STILE ini beroperasi secara berperingkat-peringkat sehingga penghujung Oktober nanti dengan yang pertamanya adalah di simpang pasar raya LePaPa Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat sesi taklimat mengenai kemudahan Lampu Isyarat STILE di Pusat Kawalan Lampu Isyarat AI di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman hari ini.

Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, kemudahan lampu isyarat STILE itu nanti akan memberi banyak manfaat kepada komuniti setempat.

“Antaranya adalah dari segi disiplin di jalan raya memandangkan kemudahan lampu isyarat STILE ini akan dapat mengesan kelajuan, lori yang membawa muatan lebih, nombor plat pendaftaran dan sebagainya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan