Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Hazwan Bakri rekrut terbaharu Kuching City FC. Foto KCFC

Pengalaman Hazwan Bakri ditagih Kuching City

ByMahathir Haroun

KUCHING, 13 Sept: Kualiti dan pengalaman bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri sudah pasti ditagih Kuching City FC  untuk merobek gawang Selangor FC dalam aksi Liga Super 2024 di Stadium MBPJ malam ini.

Hazwan yang merupakan bekas penyerang Selangor sudah pasti mahu mengembalikan prestasi sebagai penggempur tempatan digeruni.

Untuk rekod, Hazwan telah pun beraksi 83 perlawanan dalam karier dan meledak 18 gol.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga merekodkan 27 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Bagi pengandali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menyifatkan beliau mempunyai perancangan jangka panjang selepas pasukannya menandatangani Hazwan.

Bagaimanapun Aidil tetap memberi masa kepada Hazwan untuk menemui sentuhan terbaik selepas menyedari Hazwan baru pulih daripada kecederaan.

“Saya mempunyai perancangan lebih jauh dan bukan hanya berkisarkan musim ini sahaja.

“Kita tahu beliau baru sembuh daripada kecederaan ACL, jadi saya pasti beliau memerlukan masa untuk beraksi semula,” katanya.

Hazwan bakal berdepan cabaran untuk menunjukkan kualiti dimiliki kerana posisi tersebut turut diisi Tchetche Kipre dan Jordan Mintah.-TVS

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan