MOSCOW, 13 Sept.: Lebih 30,000 pekerja Boeing bersedia untuk mogok pada Jumaat selepas mengundi secara besar-besaran menentang kontrak buruh baharu, lapor Sputnik.
Pekerja di kawasan Seattle dan Oregon menolak perjanjian tentatif yang dicadangkan Boeing dan Persatuan Machinists dan Pekerja Aeroangkasa Antarabangsa, dengan 94.6 peratus mengundi menentangnya. Mereka mengundi 96 peratus menyokong mogok itu – jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk menghentikan kerja, lapor CNBC.
Walaupun cadangan itu dilaporkan menawarkan kenaikan gaji 25 peratus, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan faedah persaraan, kesatuan itu menyasarkan kenaikan kira-kira 40 peratus.
Boeing kerugian sekitar US$8 bilion tahun ini dan mempunyai masalah hutang yang semakin meningkat. Pengeluaran di bawah jangkaan kerana isu pembuatan dan kekurangan tenaga kerja. – TVS