Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Foto Jabatan Perkhidmatan Veterinar (FB)

Mewarna anak ayam tidak dikategori sebagai penganiayaan haiwan – DVS

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Sept: Tindakan mewarnakan anak ayam tidak termasuk dalam perbuatan yang dikategorikan sebagai penganiayaan terhadap haiwan selagi warna serta kaedah pewarnaan tidak membahayakan, memudaratkan, menyakitkan dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan berkenaan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Merujuk kepada video tular di aplikasi Tiktok yang mendakwa haiwan diseksa secara terbuka di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menurut DVS pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas anak-anak ayam berkenaan dan mendapati ia berada dalam keadaan yang baik serta tidak menunjukkan sebarang tanda sakit atau menderita.

“DVS turut menempatkan pegawai kebajikan haiwan bagi membuat pemantauan dari aspek kebajikan semua haiwan yang terlibat dalam MAHA 2024 yang berlangsung dari 11 hingga 22 Sept ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pihak pempamer telah mematuhi semua keperluan kebajikan haiwan dan menasihatkan semua pihak agar membuat rujukan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa veterinar sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat serta mengundang provokasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan