Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet boling padang negara Izzat Shameer Dzulkeple & Nor Farah Ain Abdullah. Foto Malaysia Lawn Bowls Federation (FB)

Izzat Shameer atlet nombor satu dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Atlet boling padang lelaki negara Izzat Shameer Dzulkeple berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan No.1 dunia.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan https://worldbowlsseries.com/male-rankings/,atlet kelahiran Perak itu meningkat dari kedudukan kedua kepada kedudukan pertama di atas pencabar Scotland, Stewart Anderson dan atlet Australia Aron Sheriff di kedudukan ketiga.

Dalam pada itu, Nor Farah Ain Abdullah yang muncul sebagai juara di Kejohanan Dunia dalam Dewan 2024 di Guernsey turut memperbaharui ranking dunianya apabila kini berada di tangga kedua di belakang atlet Australia, Kelsey Cottrell dan Tyala Bruce dari New Zealand di tangga ketiga dunia.

Presiden Persekutusan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejayaan dua atlet ini merupakan terbaik dalam sejarah sukan boling padang negara.

“Kejayaan mereka ini banyak disumbangkan oleh mata yang diperolehi dari kejuaraan yang dicapai pada Kejohanan Dunia di Guernsey, United Kingdom dan Kejohanan Asia di Pattaya, Thailand pada tahun ini.

“Bersandarkan kepada kejayaan ini juga, kedua-dua mereka telah terpilih untuk menyertai Kejohanan World Bowls Champion of Champions yang akan diadakan di Auckland, New Zealand pada 25 hingga 30 Nov ini, katanya menerusi kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan