Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Greece telah memperkenalkan larangan penggunaan telefon bimbit di dalam kelas pada sesi persekolahan ini. Foto hiasan Envato

Pelajar Greece kembali ke sekolah tanpa telefon bimbit

ByBernama

ATHENS, 12 Sept: Pelajar di Greece kembali ke sekolah selepas cuti musim panas pada Rabu dengan telefon bimbit mereka disimpan dalam beg.

Kerajaan Greece telah memperkenalkan larangan penggunaan telefon bimbit di dalam kelas pada sesi persekolahan ini.

Namun, pelajar masih dibenarkan membawa peranti itu ke sekolah tetapi tidak boleh menggunakannya semasa kelas.

Selain itu mengikut peraturan baharu, pelajar tidak dibenarkan mengambil gambar, video atau merakam perbualan audio rakan pelajar atau guru tanpa kebenaran.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan penggantungan sekolah antara satu hingga tiga hari.

“Mari kita membuat perjanjian mengenai perkara ini, dan kita patuhinya. Tinggalkan telefon bimbit di dalam beg. Guru dan ibu bapa akan membantu kita ke arah ini,” kata Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis semasa melawat sebuah sekolah rendah di pinggir bandar Athens pada Rabu.

Walaupun beberapa pelajar tidak berpuas hati dengan peraturan baharu itu, guru dan ibu bapa menyambut baik langkah berkenaan.

Beberapa negara di Kesatuan Eropah juga telah mula melaksanakan larangan serupa sama ada lebih ringan atau lebih ketat.

“Sudah tiba masanya untuk mula mengehadkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar, sekurang-kurangnya di sekolah. Ramai daripada mereka sering terpaku pada skrin walaupun semasa kelas,” kata guru Cia Panagopoulos kepada Xinhua.

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar sekolah rendah Evridiki Koutourlis berkata kanak-kanak kini menggunakan telefon bimbit dari usia yang sangat muda dan ketagihan adalah cabaran sebenar.

“Larangan penggunaan dalam kelas adalah langkah positif. Mungkin ia akan mengajar kanak-kanak untuk mula mengehadkan penggunaan peranti selepas sekolah juga.

“Bagaimanapun, saya tidak akan berasa selesa jika kerajaan meminta supaya telefon ditinggalkan di rumah. Saya mahu dapat berhubung dengan anak saya sepanjang hari,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan