Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi turut tidak ketinggalan menanam pokok pada Kempen Penanaman Pokok, Pelindungan dan Pemulihan Habitat Sarawak Energy

Jalan Sultan Tengah jadi lebuh raya hijau

ByMahathir Haroun

KUCHING, 12 Sept:  Jalan Sultan Tengah bakal berubah wajah dengan pelaksanaan projek lebuh raya hijau, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata, ini kerana jalan tersebut merupakan laluan hijau bagi SistemTransit Aliran Autonomi (ART) sejauh 21.56 kilometer (KM).

“Lebuh raya hijau merupakan tema untuk projek bagi laluan dari bulatan Yayasan Sarawak ke Damai.

“Ia (lebuh raya hijau) bermaksud pengeluaran karbon minima daripada kenderaan dan banyak pokok hijau ditanam disepanjang jalan ini.

“ART yang melalui jalan tersebut nanti menggunakan hidrogen, jadi tiada pengeluaran karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Penanaman Pokok, Pelindungan dan Pemulihan Habitat Sarawak Energy di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menggalakkan rakyat Sarawak untuk menanam pokok.

“Kerajaan Sarawak mensasarkan untuk menanam 35 juta pokok menjelang 2025.

“Menanam pokok penting untuk kelestarian alam sekitar, warisan kepada generasi akan datang dan menangani isu pemanasan global,” ujarnya.

Menurutnya, inisiatif Sarawak Energy dan Institut Aminuddin Baki merupakan usaha murni untuk menghijaukan persekitaran dengan penanaman 300 pokok.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Kontrak dan Perolehan Sarawak Energy Yusri Safri dan Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak Edmund Shah Tambi.

 

 

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan