Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rolland Duat Jubin bersama peserta program LEADS anjuran Kemas di Rumah Jelian di Julau, hari ini. Turut kelihatan, Pegawai KEMAS Daerah Julau, Cecelia John. Foto TVS

Tempat letak kereta bertingkat moden bakal dibina di Julau

JULAU, 11 Sept: Kerajaan Sarawak meluluskan RM38 juta bagi pelaksanaan projek tempat letak kereta bertingkat di Julau untuk kemudahan penduduk di kawasan itu.

ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, ia merupakan salah satu daripada projek baharu di kawasan itu dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik di pekan berkenaan.

Tempat letak kereta empat tingkat itu katanya, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Kita menyediakan ruang makan dan minum di tingkat atas bangunan itu manakala, tiga tingkat yang lain dijangka mampu memuatkan 300 kenderaan khususnya kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan rasmi dan penyampaian sijil program graduasi kelas LEADS anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Rumah Jelian, Wong Kerdat, hari ini.

Selain itu katanya, peruntukan RM15 juta juga telah diluluskan bagi pembinaan sebuah dewan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Julau untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti.

Peruntukan itu katanya, disediakan kerajaan melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Pada masa yang sama katanya, peruntukan RM38 juta juga akan dimanfaatkan bagi pelaksanaan projek pembinaan tebingan Sungai Julau.

Penyediaan kesemua projek itu ujarnya, bukan sahaja membuktikan Kerajaan Sarawak prihatin dengan keperluan rakyat tetapi juga berjaya membawa perubahan besar kepada seluruh kawasan DUN Meluan.

Menyentuh program Leads, Rolland menambah, pelaksanaan program itu, membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membasmi masalah buta huruf di samping meningkatkan taraf sosial rakyat melalui ilmu pengetahuan.

“Sehubungan itu, saya amat berharap pendekatan yang dilaksanakan oleh KEMAS ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh komuniti setempat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan