Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir ke majlis makan malam Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Hadir sama, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto, TVS.

MA63: Anwar pengerusikan mesyuarat esok, bincang isu belum selesai

ByShafik Ahmad

KOTA KINABALU, 11 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena lawatan rasminya ke negeri ini pada Rabu.

Ketibaan beliau di The Magallan Sutera Resort di Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan pimpinan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Anwar turut dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada Khamis yang turut akan dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Hajiji.

Sejajar dengan semangat Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan disambut pada 16 September ini di Sabah, perbincangan lanjut mengenai beberapa perkara yang tertangguh sebelum ini turut diharap memberikan keputusan yang positif.

Apa yang pasti, perbincangan bakal menyentuh kepada perkara yang belum dilaksanakan.

Malah Hajiji baru-baru ini turut optimis bahawa mesyuarat itu dapat menyelesaikan isu tuntutan yang sudah lama tertangguh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini mendedahkan terdapat sembilan perkara berkenaan MA63 berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Ia termasuk kajian semula peruntukan khas bagi Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D yang sebelum ini diputuskan sebanyak RM300 juta telah selesai secara interim.

Manakala tiga tuntutan mempunyai keputusan dasar, berkaitan pemberian kuasa mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman.

Antara lain, beberapa tuntutan yang masih dalam perbincangan melibatkan isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750], hak negeri ke atas pelantar benua.

Penurunan autonomi pendidikan dan kesihatan juga antara perkara yang diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 sebelum ini.

Selain itu, cukai duti stem yang dilihat bercanggah di peringkat Persekutuan dan kedua-dua negeri itu turut menjadi antara perkara yang masih belum dipersetujui. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan