Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman di Jalan Matang di sini, petang semalam. Foto TVS

Lelaki maut jatuh dari tingkat tiga kediaman di Jalan Matang

KUCHING, 11 Sept: Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman di Jalan Matang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz MD Radzi berkata, Balai Polis Batu Kawa menerima laporan berhubung kes itu jam 5.25 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan luaran tubuh badan mangsa tiada sebarang kecederaan yang mencurigakan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan