KUCHING, 11 Sept: Jawatankuasa bandar pintar berperanan sebagai platform untuk semua agensi berkolaboratif melaksanakanĀ inisiatif bandar pintar di wilayah ini.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeriĀ membangunkan bandar pintar demi memenuhi keperluan semasa dan masa depan yang mampan.
Menurut beliau jawatankuasa berkenaan juga menyelesaikan isu-isu pelaksanaan inisiatif bandar pintar dalam kalangan agensi terlibat selainĀ membantu dalam menguruskan sumber dengan lebih cekap sekali gus menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
“Jawatankuasa bandar pintar adalah platform untuk semua agensi yang kita boleh pilih bersama-sama mengambil buah fikiran mereka dan membantu supaya kita boleh menjadi lancar bersama-sama.
“Perjalanan itu tidak pernah mudah kerana mengapa perjalanan ini tidak boleh dikatakan lebih mudah atau lebih sukar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Bengkel Bandar Pintar Sarawak di Hotel Riverside di Kuching pada Rabu.
Tambahnya, kejayaan yang dikecapi Sarawak ketika ini merupakan usaha keras negeri tersebut sejak sekian lama.
Justeru itu, kelebihan yang dimiliki Sarawak pada masa ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambunganya dapat terus memberi kebaikkan untuk semua rakyat.
“Kenapa mereka cemburu dengan Sarawak sekarang kerana kita berjaya.
“Jadi saya telah memberitahu anda bahawa sama ada anda suka atau tidak kita perlu mempunyai bandar pintar,” jelasnya. -TVS