Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Foto Bernama

Diplomasi pertahanan, perbincangan peringkat global penting untuk kekalkan keamanan – Mohamed Khaled

ByBernama

SEOUL, 11 Sept: Diplomasi pertahanan seperti perbincangan peringkat global dan rundingan meja bulat semasa Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, menjadi kunci untuk memastikan keamanan dan keselamatan berterusan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata SDD menyediakan platform untuk berkongsi cabaran ancaman keselamatan dan bertukar-tukar maklumat pertahanan antara satu sama lain.

“Sebagai contoh, penganjuran sesi SDD 2024 membolehkan negara-negara mengetengahkan cabaran yang dihadapi.

“Cabaran, isu dan risiko ini, dibawakan untuk perbincangan bersama berdasarkan pengalaman masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas penutup SDD hari ini.

Mohamed Khaled berkata keselamatan dan keamanan hari ini melibatkan kawasan yang lebih besar dan tidak terhad dalam sempadan sesebuah negara.

Beliau berkata setiap mesyuarat dan persidangan pertahanan yang dianjurkan, juga akan dapat memastikan kejayaan diplomasi pertahanan.

Mohamed Khaled berkata diplomasi pertahanan sememangnya pendekatan strategik untuk menjaga keamanan dan memastikan sesebuah negara dihormati negara rakan dan juga pihak lawan.

“Ia bukan sahaja membantu mengekalkan keamanan tetapi juga terbukti membantu ketika situasi konflik dan perkara lain yang berkaitan,” katanya.

SDD telah berkembang menjadi satu platform antarabangsa untuk integrasi dan perpaduan, membincangkan pelbagai isu global secara mendalam. Ia disertai 900 perwakilan daripada 64 negara, termasuk wakil bertaraf menteri daripada lapan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan