Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Son Jun-ho semasa bercakap pada sidang akhbar di kelab K Leaguenya Suwon FC di Suwon di Korea Selatan, hari ini. Foto, AFP.

Bintang bola sepak Korea Selatan nafi tuduhan rasuah, atur perlawanan di China

SUWON, (KOREA SELATAN), 11 Sept: Pemain bola sepak skuad Piala Dunia Korea Selatan, Son Jun-ho menafikan dia terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan dan menuduh pihak berkuasa China memeras ugutnya.

Son minggu ini dikenakan hukuman penggantungan terlibat dengan bola sepak seumur hidup di China.

Pemain Shandong Taishan yang beraksi dalam Liga Super China itu dituduh oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengambil bahagian dalam kegiatan mengatur perlawanan dan terlibat rasuah.

Dia ditahan pada Mei tahun lalu.

Pemain tengah itu yang beraksi dalam tiga daripada empat perlawanan Korea Selatan pada Piala Dunia 2022 di Qatar, kembali ke Korea Selatan pada Mac lepas.

Son dilihat beremosi ketika memberitahu pemberita bahawa penahanannya merupakan kejutan luar biasa.

Dia berkata telah diugut oleh polis China apabila mereka ‘menggunakan’ keluarga dan anak-anaknya sebagai ‘cip tawar-menawar’ untuk memaksanya mengaku bersalah.

“Polis China mengemukakan tuduhan yang tidak masuk akal.

“Mereka mengugut jika saya tidak mengaku pertuduhan, isteri saya akan ditangkap oleh Kementerian Luar dan dibawa ke pusat tahanan yang sama untuk disiasat bersama saya,” katanya.

Pemain itu juga mendakwa tidak diberi penterjemah serta akses kepada peguam.

“Saya kata tidak melakukan perkara seperti itu,” kata pemain berusia 32 tahun itu yang berhenti bercakap dan mengesat air mata.

Son ditahan kerana disyaki menerima rasuah tanpa diberi butiran.

“Mereka menunjukkan gambar anak perempuan dan anak lelaki saya dan berkata, apa yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk menerima ini,” katanya.

Son berkata polis memberitahu jika isterinya turut ditahan, siapa yang akan menguruskan anak – anak mereka dan memintanya segera mengaku salah.

Son menambah dia ditawarkan perjanjian palsu oleh polis China iaitu jika mengaku salah, dia akan dibebaskan dengan cepat.

“Disebabkan ketakutan dan bimbang terhadap keselamatan keluarga, saya tidak mempunyai pilihan selain mengaku pertuduhan yang saya tidak faham kerana untuk kembali kepada keluarga dengan segera,” katanya.

Dia berkata polis China harus mengeluarkan rakaman audio soal siasatnya untuk menunjukkan bagaimana mereka memaksanya mengaku salah.

“Saya mahu membersihkan nama, satu-satunya bukti yang mereka ada ialah pengakuan palsu saya yang diperoleh melalui tekanan hebat sewaktu soal siasat,” katanya.

Ejen Son Park Dae-yeon berkata beliau percaya pemain itu tidak mungkin menghadapi sekatan daripada badan global FIFA kerana China tidak memberikan sebarang bukti kesalahan.

FIFA setakat ini belum memberi maklum balas apabila ditanya AFP mengenai perkara itu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found