Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setakat perlawanan ke-12, Machan FC menduduki tempat ke-13 daripada 15 pasukan dengan memperolehi dua kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan. Foto, Machan Football Cub.

Tiket mahal: Machan FC pertimbang tarik diri Liga A1 Semi Pro Malaysia

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Sept: Kelab bola sepak Sarawak, Machan FC sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada baki saingan Liga A Semi Pro 2024/2025.

Jelas kelab itu, harga tiket penerbangan domestik yang semakin meningkat menjadi punca utama mereka berkemungkinan mengambil keputusan berkenaan.

“Kelab bergerak menggunakan dana sendiri dan peningkatan ketara harga tiket penerbangan domestik menyebabkan kesukaran untuk kelab meneruskan baki Liga A1 Semi Pro Malaysia,” jelas Machan FC menerusi hantaran di Facebook.

Namun keputusan berkenaan belum muktamad, jelas kelab itu.

“Pihak pengurusan kelab akan berbincang dengan Amateur Football League (AFL) bagi mengatur semula jadual liga agar semua perlawanan di tempat lawan diadakan serentak di Kuala Lumpur untuk menjimatkan kos penerbangan,” tambah kelab itu.

Selepas tamat 12 perlawanan, pasukan yang kini dibimbing Edward Jamid Unting menduduki tempat ke-13 daripada 15 pasukan menerusi dua kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.

Liga A1 Semi Pro musim ini merupakan penyertaan sulung kelab itu selepas menduduki empat teratas dalam saingan Liga M4 AL Ikhsan Cup musim lalu. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan