Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Penulis blog Raja Petra meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Perkara itu disahkan adiknya, Raja Idris menerusi satu hantaran di media sosial pagi ini.

“Dengan penuh dukacita saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya Raja Petra Kamarudin meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept 2024 di Manchester, UK.

“Semoga Allah SWT menempatkan beliau dalam kalangan syuhada dan solihin. Amin ya Rabbal alamin,” menurut hantaran itu.

Dilahirkan pada 27 Sept 1950 di Surrey, England, Raja Petra mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menyiarkan pandangannya mengenai politik Malaysia.

Allahyarham pernah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan