Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 300 peserta menyertai Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Sarawak 2024 di Kuching hari ini. Foto TVS

300 peserta sertai Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Sarawak 2024

KUCHING, 10 Sept: Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid serta surau di sekitar Bahagian Kuching menyertai Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau (JPMS) Sarawak 2024, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, antara objektif utama penganjuran kursus tersebut adalah untuk memastikan semua JPMS menggalas tanggungjawab bersama untuk menjadikan masjid sebagai institusi pilihan umat Islam untuk pembangunan holistik duniawi dan ukhrawi.

Pada majlis yang sama, Misnu turut melancarkan buku Garis Panduan Pengurusan Masjid dan Surau Sarawak 2024 yang akan diguna pakai di lebih 1,566 buah masjid dan surau di seluruh negeri

“Garis panduan masjid negeri Sarawak ini merupakan satu penambahbaikan pada garis panduan yang sedia ada dan untuk kali ini, kita memberi penekanan terhadap beberapa perkara khususnya berkaitan aspek kewangan dan juga pengurusan-pengurusan yang antaranya termasuklah perkara yang melibatkan penjagaan kawasan alam sekitar, dan pengisian ke masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penangguhan Kursus Induksi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Tambah Misnu, kursus ini turut dijadikan wadah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau serta kepimpinan JAIS, khususnya di Bahagian Kuching.

Antara intipati kursus JPMS termasuklah pengurusan permohonan kluster masjid serta pengurusan organisasi dan kewangan masjid mengikut Garis Panduan Pengurusan Masjid dan Surau Sarawak 2024. -TVS

Tags: JPMS, masjid, Misnu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan