Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Armizan Mohd Ali berkata selain China, Jepun dan Thailand, UAE adalah negara yang sesuai untuk memulakan program berkenaan kerana kedudukannya yang strategik di kawasan Timur Tengah. Foto fail TVS

Program Citarasa Malaysia buka laluan PMKS tembusi pasaran UAE

ByBernama

DUBAI, 8 Sept: Program Citarasa Malaysia yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini semalam, bakal membuka laluan kepada lebih banyak produk usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan menembusi pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata selain China, Jepun dan Thailand, UAE adalah negara yang sesuai untuk memulakan program berkenaan kerana kedudukannya yang strategik di kawasan Timur Tengah.

Beliau berkata program berkenaan menyaksikan 44 Unit Penyimpanan Stok (SKU) barangan tempatan dari 16 syarikat akan dijual di Lulu Hypermarket, yang setakat ini mempunyai 120 cawangan di UAE termasuk 48 buah di Dubai.

“Terdapat sebanyak 241 SKU barangan buatan Malaysia di bawah promosi KPDN telah memasuki rangkaian Lulu Hypermarket di seluruh UAE dengan nilai jualan sebanyak RM30 juta tahun lepas.

“Ia terdiri daripada 30 syarikat tempatan yang mengeluarkan produk segar, makanan dan produk penjagaan diri. Justeru, SKU yang dibawa masuk kali ini akan meluaskan lagi pasaran produk PMKS tempatan ke UAE,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program Citarasa Malaysia di Lulu Hypermarket, Silicon Oasis di sini.

Berdasarkan trend nilai eksport hampir mencecah RM600 juta di UAE bagi makanan proses dari Malaysia yang mendapat permintaan tinggi, Armizan berkata PMKS Malaysia perlu lebih bersedia untuk bersaing di pasaran global.

Armizan berkata untuk membolehkan PMKS mempunyai platform bagi memperkenalkan produk mereka, KPDN akan meningkatkan kerjasama dengan beberapa pasar raya besar lain yang mempunyai rangkaian di luar Malaysia seperti Lotus’s untuk pasaran Thailand dan Aeon (Jepun).

Beliau berkata KPDN juga meneroka kerjasama dengan sebuah koperasi di China, dan ia sedang dimuktamadkan.

“Ini penting agar kita boleh mengetahui produk bersesuaian untuk dibawa masuk ke negara berkenaan, selain dapat membantu kita memantau perkembangan produk PMKS dan melakukan penambahbaikan, berdasarkan data yang diperoleh dari pasar raya terbabit,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan