Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jojo Ghazali tumbangkan Josue Cruz dari Mexico dengan TKO Round 1. Foto One Championship

Tumbukan KO Jojo Ghazali tumbangkan Cruz

ByElani Rosllan

DENVER (Amerika Syarikat), 7 Sept: Jaguh muay thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver sebentar tadi.

Lebih dikenali sebagai Jojo, bintang muda One Championship itu mengalahkan pertarung dari Mexico secara knockout (KO) pada pusingan pertama sekali gus menyaksikan Jojo menang 6-1.

Dengan kemenangan itu, Jojo juga meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).

Atlet darah campuran Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) itu mendominasi pertarungan dengan siri tumbukannya berjaya beberapa kali menjatuhkan Cruz sebelum lawannya yang berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.

Dengan memperoleh kemenangan itu juga, Jojo berjaya menebus kekecewaannya yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan