Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Seri Lee Kim Shin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penaja ICETe’24. Foto TVS

Sarawak kukuh usaha bangunkan teknologi hijau

ByVanessa Enjop

MIRI, 7 Sept– Sarawak mengukuhkan usaha dalam membangunkan teknologi hijau terutama tenaga hidrogen sebagai sebahagian komitmen negeri ini untuk peralihan tenaga lebih mampan.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pada masa sama Sarawak sedang membangunkan Transit Aliran Autonomi (ART) yang dijana sepenuhnya menggunakan hidrogen.

Malah menurutnya, projek ART sedang memasuki fasa akhir dan dijangka mampu bergerak sejauh 250 kilometer (km) bagi setiap isian.

“ART kita menggunakan hidrogen hijau dan ia membuktikan Sarawak berada di hadapan dalam teknologi pengangkutan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam International Conference on Energy Transition & Exhibition 2024 (ICETe’ 24) di Imperial Palace Hotel, Miri, malam tadi.

Lee menjelaskan, Sarawak berjaya mengurangkan kos pengeluaran hidrogen sebanyak 30 peratus melalui penyelidikan dan inovasi baharu.

“Kita sedang mengkaji kaedah lain untuk menghasilkan hidrogen hijau tanpa menggunakan elektrolisis dan kita berharap dapat terus menurunkan kos pengeluaran ini,” ujarnya.

Menurutnya, Sarawak mempunyai kelebihan dengan kos tenaga tempatan yang rendah dan penggunaan hidrogen serta tenaga elektrik yang dihasilkan secara tempatan menjadikan ekonomi pengeluaran hidrogen lebih berdaya saing.

Tambahnya, Sarawak sedang mengukuhkan kerjasama antarabangsa khususnya dengan Korea Selatan dan Jepun untuk mengeksport hidrogen hijau serta amonia.

“Kerjasama ini membuktikan Sarawak mampu menjadi pemain utama dalam pasaran tenaga bersih global,” jelasnya.

Persidangan ICETe’ 24 menjadi platform penting untuk meneroka pelbagai peluang serta cabaran dalam peralihan tenaga bersih dengan Sarawak diiktiraf sebagai peneraju dalam inovasi hidrogen dan teknologi hijau di rantau ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan