Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Foto JPN (FB)

Permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia – JPN

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Sep: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mereka perlu kembali ke tanah air jika ingin membuat permohonan sama ada MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan