Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Saya akan membuka perbahasan untuk menambah baik undang-undang ini bagi golongan yang paling terjejas," kata Barnier. Foto: AFP

Perdana Menteri baharu Perancis hasrat kaji semula skim pencen

ByBernama

MOSCOW, 7 Sept: Perdana Menteri baharu Perancis Michel Barnier mengumumkan hasratnya untuk meneruskan perbincangan mengenai pembaharuan skim pencen yang kontroversi, lapor Sputnik.

Protes besar-besaran terhadap pembaharuan skim pencen berlangsung di Perancis dari Januari hingga Jun 2023, dengan penglibatan lebih sejuta peserta di seluruh negara.

Namun, pada September undang-undang mengenai peningkatan umur persaraan secara berperingkat dari 62 kepada 64 tahun telah dikuat kuasa.

“Saya akan membuka perbahasan untuk menambah baik undang-undang ini bagi golongan yang paling terjejas,” kata Barnier kepada penyiar TF1 pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan sama ada peruntukan mengenai peningkatan umur persaraan secara beransur-ansur yang digariskan dalam pembaharuan itu akan dikaji semula, dengan menyatakan bahawa beliau mahu bertindak selaras dengan bajet negara.

Barnier merancang untuk membangkitkan isu ini di hadapan kedua-dua dewan parlimen dalam beberapa minggu akan datang, menurut laporan itu.

Selain itu, perdana menteri turut menggariskan keutamaan kerajaan, seperti mengawal aliran migrasi melalui langkah-langkah tertentu, memperbaiki perkhidmatan awam dan menghalang pertumbuhan hutang negara Perancis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan