Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada sesi pleno sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di Kampus Far Eastern Federal University (FEFU). Foto fail Bernama

Malaysia tidak minat sebelahi Barat dalam soal hubungan dengan Rusia – PM Anwar

ByBernama

VLADIVOSTOK, (Rusia), 7 Sept: Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi  Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan  RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat.

Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu.

“Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya berpihak? Jadi mereka mencipta potensi masalah ini  kerana ia merupakan satu sistem berlainan,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur.

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia,  sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi  penerangan berkenaan EEF 2024.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan