Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto Bernama

Pemerdagangan Manusia: Peranan Datuk Seri cari pelabur disiasat – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat peranan seorang Datuk Seri, yang disyaki menjadi dalang dalam kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan kini tertumpu kepada peranan Datuk Seri itu dalam mengenal pasti pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar.

“Kita juga menyiasat peranan seorang lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk, selain mengenal pasti hubungan beberapa individu serta dua ahli perniagaan warga China dalam kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan dua lagi individu berhubung siasatan sindiket itu menjadikan keseluruhan 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini.

Secara keseluruhan, proses merakam percakapan itu membabitkan seorang ahli politik dan suaminya, ahli perniagaan serta beberapa individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan portal tempatan.

Semalam, media tempatan melaporkan PDRM sedang menganalisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan