Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Nur Ammar Naufal (tengah) muncul juara basikal tanpa kayuh (Push Bike) dalam kejohanan RSR Runbike Championship di Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Pelumba cilik Sarawak juara Push Bike

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Sept: Pelumba cilik berasal dari Sarawak muncul juara basikal tanpa kayuh (Push Bike) pada Kejohanan RSR Runbike Championship di Songkhla, Thailand baru -baru ini.

Mohammad Nur Ammar Naufal, 7, meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dapat mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia dalam sukan tersebut.

“Saya bertanding untuk kategori tujuh hingga lapan tahun dan berjaya menewaskan pasukan dari negara Indonesia, Thailand dan Singapura,” kata Naufal ketika dihubungi TVS.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang Daerah Hulu Langat Selangor itu, beliau menyimpan hasrat untuk mengangkat sukan Push Bike ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan.

“Saya berharap akan terus maju ke hadapan dan mampu melakarkan kejayaan terbaik dalam sukan ini,” ujarnya.

Naufal yang mewakili pasukan Tupong Pushbike Warrior berjaya membawa pulang piala, pingat kejuaraan dan sijil penyertaan.

Sementara itu ibu kepada Naufal, Isah Reduan berkata, mereka sekeluarga sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anaknya menceburi bidang sukan.

Kata Isah, beliau dan suami Mohd Noorisyam sanggup berbelanja lebih serta mengambil cuti untuk memandu jauh ke Thailand bagi membolehkan anaknya menyertai pertandingan di luar negara.

“Saya dan suami sentiasa sokong Naufal untuk menyertai sukan Push Bike, ini kerana saya melihat ada banyak kebaikannya, salah satunya adalah untuk mengelak Naufal bermain telefon pintar dan menjadikan Naufal sebagai seorang anak yang sihat dan berani,” kata Isah.

Justeru itu, Isah dan suami menyeru ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak  menceburkan diri dalam bidang Push Bike.

“Sukan Push Bike ini banyak manfaatnya kepada anak-anak kita, ia dapat memupuk keyakinan diri seawal usia dua tahun dengan melakukan aktiviti luar bersama dengan rakan-rakan yang lain sekali gus menjaga kesihatan anak-anak,” kata Isah.

Sukan Push Bike merupakan salah satu aktiviti sukan basikal imbang di mana kanak-kanak perlu menggunakan kekuatan pada otot kaki untuk mengayuh. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found