Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama di sesi Plenari EEF 2024 di Vladivostok, Rusia, hari ini. Foto Bernama

PM Anwar menyampaikan ucaptama di sesi Plenari EEF di Rusia hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama di sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024) di Vladivostok, Rusia, hari ini.

Menurut poster yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau, sesi berkenaan yang dijadualkan bermula pukul 1 tengah hari waktu Malaysia akan turut disusuli dengan sesi soal jawab.

Sesi itu akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook beliau dan stesen televisyen tempatan termasuk TVS, Bernama TV, Radio Televisyen Malaysia, Media Prima, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Perdana Menteri yang kini dalam lawatan kerja dua hari tiba ke negara itu semalam.

Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Nov 2022.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan