Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto Faitullah Morni (TVS)

MTPMA63 tidak sentuh sempadan laut, pelantar benua Sarawak – Sharifah Hasidah

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 5 Sept: Perkara sempadan laut Sarawak termasuk pelantar benua serta hak yang terkandung tidak akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kota Kinabalu, Sabah minggu depan.

Tegas Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, perkara pelantar benua tidak akan dipertimbangkan kepada rundingan berikutan ia merupakan  hak Sarawak yang termaktub di bawah undang-undang negeri.

Pelantar benua termaktub dalam perundangan Sarawak, tiada lagi rundingan | TVS

Beliau berkata hak itu sah di bawah perundangan negeri meskipun ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan definisi atau undang-undang yang ditetapkan Sarawak.

“Sarawak berhak untuk mendefinisikan sempadan tanahnya sendiri berikutan  Kanun Tanah Sarawak berbeza daripada kanun tanah di Semenanjung,” tegasnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Kuching 2024 di SMK Semerah Padi, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan Kanun Tanah Sarawak mendefinisikan tanah Sarawak merangkumi pelantar benua yang menjangkau sehingga 200 batu nautika ke laut.

Bercakap mengenai mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu Sharifah Hasidah memberitahu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga bakal hadir.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan