Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng mewakili Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis perasmian Persidangan TRIZfest Antarabangsa di Tegas Digital Village, Kuching. Foto TVS

Kerajaan Sarawak komited pacu usahawan dan pelajar menggunakan TRIZ

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Sept: Kerajaan Sarawak komited dalam memupuk minat pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar menceburi bidang keusahawanan dengan memanfaatkan Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (TRIZ).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata TRIZ akan memupuk minat pelajar menyambung pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan mengintegrasikan pemikiran pengkomputeran dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, Persidangan TRIZ 2024 yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), bersama Malaysia TRIZ dan Sarawak TRIZ, menerusi kerjasama Persatuan TRIZ Antarabangsa (MATRIZ) yang akan dianjurkan bermula 4 hingga 6 September ini disifatkan mampu menyumbangkan kemahiran dan kepakaran mereka ke arah cara baru dan inovatif dalam menyelesaikan masalah.

“Salah satu kaedah yang paling diiktiraf dan berkesan untuk mengatasi cabaran ini ialah dengan menggunakan TRIZ di mana kaedah ini adalah hasil kerja ribuan pencipta yang semuanya menyumbangkan kemahiran dan kepakaran mereka ke arah pembangunan cara-cara baru dan inovatif untuk menyelesaikan masalah.

“Pengamal TRIZ mempamerkan bagaimana mereka berfikir di luar kotak ketika mereka mencipta resipi mereka sendiri yang bukan sahaja meningkatkan proses pemikiran kita tetapi juga menanamkan keinginan dalam diri kita untuk sentiasa mengubah suai dan menyempurnakan penyelesaian untuk pelbagai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng sempena perasmian Persidangan TRIZfest Antarabangsa ke-19 2024 di Perkampungan Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Berinovasi dengan TRIZ dan AI untuk Pertumbuhan Global Berkelanjutan’ persidangan ini dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 6 September 2024 di TEGAS Digital Village yang akan dihadiri oleh pakar TRIZ terkemuka, disusuli dengan perbincangan panel, bengkel interaktif, dan sesi jaringan yang direka untuk memupuk kreativiti dan kerjasama antara pengamal dan peminat TRIZ.

Tambahnya lagi, dengan memilih Sarawak sebagai sebagai tuan rumah persidangan tersebut, ia mampu meletakkan malaysia dan sarawak sebagai peneraju dalam kemajuan teknologi dan penyelesaian masalah inventif.

“Selain daripada itu,menerusi persidangan ini, secara tidak langsung kita menyemai minat menyelesaikan masalah dalam kalangan rakyat Sarawak, dan menggalakkan mereka untuk menghadapi cabaran secara langsung membekalkan mereka dengan kemahiran dan kapasiti pemikiran TRIZ,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan