Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pegawai kesihatan memberi vaksin Polio kepada bayi di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza pada 1 September 2024, di tengah-tengah genosid Israel ke atas rakyat Palestin. Foto AFP

Israel bunuh 35 rakyat Palestin di tengah-tengah jeda kemanusiaan vaksinasi polio

ByAFP

GAZA, 4 Sept: Tentera rejim Zionis membunuh sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin di tengah-tengah jeda kemanusiaan untuk vaksinasi polio kanak-kanak, menurut pegawai Palestin.

Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin pada Selasa memaklumkan, antara yang terbunuh dalam tempoh 24 jam terkini ialah empat wanita di bandar selatan Rafah dan lapan orang berhampiran hospital di utara Gaza.

Serangan udara Israel juga telah membunuh sembilan rakyat Palestin yang sedang berehat di dalam rumah, berhampiran Jalan Omar Al-Mokhtar, kata pakar perubatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengumumkan jeda kemanusiaan bagi membolehkan pegawai kesihatan melaksanakan kempen vaksinasi polio dalam kalangan kanak-kanak di Gaza bermula 1 September lalu.

Keputusan itu juga telah disepakati oleh unit kemanusiaan tentera Israel (COGAT) dengan jeda tiga hari di zon tengah Gaza, diikuti jeda tiga hari di zon selatan, dan jeda tiga hari lagi di zon utara.

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) setakat ini melaporkan kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan Isnin.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang Rabu dan akan bermula di Khan Younis pada pagi Khamis (5 Sept) dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 September selama empat hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan