Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif baby hatch yang pada awalnya disalah anggap, kini terbukti bermanfaat dalam menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.  Foto hiasan Envato

Bayi perempuan tidak sedarkan diri selama sebulan selepas 11 hospital dihubungi untuk rawatan

ByBernama

SEOUL, 4 Sept: Seorang bayi perempuan berusia 28 bulan masih tidak sedarkan diri selama sebulan selepas dinafikan rawatan kecemasan oleh lebih 10 hospital di kawasan metropolitan Seoul, kata pihak berkuasa pada Selasa di tengah-tengah gangguan sistem perubatan tempatan kerana mogok berterusan oleh doktor-doktor muda.

Agensi berita Yonhap melaporkan tragedi itu bermula pada pukul 8.40 malam, 4 Ogos apabila bayi yang tinggal di Goyang, di barat laut Seoul menghadapi kekejangan febril dan dilaporkan kepada perkhidmatan kecemasan 119, menurut pegawai di Ibu Pejabat Bomba dan Bencana utara Gyeonggi

Pasukan penyelamat menghubungi unit kecemasan 11 hospital di Seoul dan sekitar Wilayah Gyeonggi tetapi kesemuanya enggan menerima bayi itu dengan alasan kekurangan kakitangan perubatan. Bayi itu akhirnya dimasukkan ke hospital ke-12 yang dihubungi oleh pasukan penyelamat, Hospital Universiti Inha di Incheon, 32km di barat Seoul, lebih sejam kemudian pada hari kejadian.

Bayi itu masih sedar semasa dimasukkan ke hospital walaupun terdapat gejala kekejangan tubuh tetapi kemudian koma dan masih belum sedarkan diri lagi, kata pegawai itu.

“Kami berjaya mendapatkan sebuah hospital di Incheon yang sanggup untuk merawatnya selepas berulang kali gagal mendapatkan unit kecemasan, “ kata seorang pegawai sambil menambah bayi itu sedang dirawat dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah hospital di Seoul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan