Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk kampung yang membantu mencari mangsa yang hilang di Sungai Nanga Semah. - Foto Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

Lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai ketika ke sawah

BINTANGOR, 2 Sept: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah panjangnya di Kampung Nanga Semah di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai, Raya Adam, 45, dari Rumah Ibok Nanga Semah.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 5.17 petang tadi sebelum mengarahkan sepasukan anggota untuk melakukan pencarian.

“Menurut laporan polis yang dibuat anggota keluarganya, sebelum kejadian, lelaki itu pergi ke sawah padi dengan menggunakan perahu. Bagaimanapun, dia dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Nanga Semah.

“Isterinya cuba mencari mangsa namun gagal dan dia kemudiannya bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nicholas berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan meneruskan operasi pencarian pada esok berikutan keadaan cuaca mendung dan arus sungai deras yang boleh membahayakan keselamatan anggota SAR.

“Lokasi kejadian ini berada kira–kira dua jam menggunakan bot dari balai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan