Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terjatuh sungai selepas kemalangan membabitkan bot dan perahu digerakkan anggota Bomba dan Penyelamat serta polis dan juga penduduk kampung. Foto JBPM

Warga emas dikhuatiri lemas, kemalangan bot dan perahu di Dalat

DALAT, 2 Sept: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas dalam satu kemalangan sungai membabitkan sebuah bot dan sebuah perahu di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid, Batang Oya di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa, Dos Katek, 80-an, yang menaiki perahu terkena bahagian hadapan bot dalam pelanggaran itu dan menyebabkannya terjatuh ke dalam sungai.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 9.42 pagi, menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari pekan Dalat.

Setakat 12 tengah hari, mangsa belum dijumpai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan